Friday, February 13, 2009

30 minggu kehamilan (part 1)

Setelah 30 minggu melalui hari-hari yang indah namun penuh cabaran, barulah tergerak hati saya untuk mencoretkannya di sini, sebagai kenang-kenangan untuk diri saya sendiri dan boleh dikongsi dengan anda juga.

Selain bergelar siswazah, saya juga bergelar seorang isteri dan bakal bergelar seorang ibu, insyaAllah. Apa yang saya nak tuliskan hari ni adalah tentang pengalaman pertama saya di hospital. Seperti bakal-bakal ibu yang lain, saya juga mula mengikuti antenatal checkup di klinik bermula minggu ke-16 kandungan. Tapi dalam minggu ke-13 saya dah pun scan baby buat kali yang pertama, atas arahan doktor.

Ini saya nak ceritakan pengalaman di minggu yang ke-30, pengalaman saya ni sebenarnya biasa-biasa saja tapi sangat-sangat menjadi memori buat saya yang kali pertama bakal bergelar ibu. Dah dua minggu saya asyik tertekan dengan rutin harian yang serba tak kena. Pernah sekali saya menangis di library sebab saya rasakan semua yang saya buat tak menjadi. Laptop saya rosak, bila bawak ke kedai, kedai pula tak buka. Naik turun tangga sebanyak 4 tingkat dengan perut yang semakin memboyot memang mencabar emosi. Semakin hari emosi saya menjadi semakin tidak terkawal...asyik nak marah je. Sampaikan orang ketawa pun saya rasa nak marah. Saya dah mula jadi seorang yang pendiam dan mengasingkan diri daripada kawan-kawan. Jika sebelum ni saya suka makan tengah hari di kafe, sekarang saya lebih suka tapau saja dan makan di ofis. Itu lebih tenang daripada hiruk pikuk kafe, yang boleh buat saya naik angin.

Tambah memburukkan emosi saya, sejak kandungan berusia 6 bulan, saya mula tidur berdengkur, kata suami saya, kuat bebenor... dia siap rakam lagi, dan memang kuat pun...hehe.Mungkin disebabkan sering terjaga dan tidur yang tak berkualiti, emosi saya mudah terganggu, ditambah dengan perubahan fizikal yang mendadak.

6 Februari, saya menghadiri antenatal checkup di klinik, saya memang mengantuk sangat pada masa tu. Bila tekanan darah saya diambil, wah..tinggi! Siap kena tulis dengan pen merah lagi. 150/86. Berat badan saya juga naik mendadak, sebulan naik sehingga 4.4 kg. Kemudian, buat pula ujian air kencing, macam biasa lah. Masuk saja ke bilik doktor, doktor dah cakap "banyak masalah pulak ni"

Setelah consultation dengan doktor lebih kurang 20 minit, doktor berkeputusan merujuk saya ke Hospital Serdang, sebab saya bercadang nak bersalin di sana. Doktor tandakan 'segera' di surat tersebut, maknanya kesihatan saya perlu dipantau segera. Petang itu, saya telefon ke Hospital Serdang dan minta nombor Klinik O&G hospital tersebut. Nurse yang jawab tu kata boleh datang petang tu kalau sempat, tapi saya pulak ada meeting tesis dengan supervisor. Jadi saya tangguhkan ke minggu hadapan, kata nurse, datang buat temujanji hari rabu. Temujanji pun temujanji lah, biasalah klinik kerajaan, ramai yang memerlukan perkhidmatan di sana. Nurse tu sempat juga berpesan pada saya, kalau ada rasa sakit kepala, pedih hulu hati dan menggeletar, cepat-cepat ke dewan bersalin dan tak perlu tunggu temujanji tu.

Hujung minggu terasa begitu lambat berlalu, ditambah dengan cuti Thaipusam pada hari Isnin. Keadaan saya masih sama, kepala rasa berat dan mood tak ceria. Pagi Sabtu, suami bawa ke hospital serdang untuk survey kedudukan klinik O&G, jadi senanglah bila nak pergi nanti.Hari Selasa, saya rasa nak pergi je hospital cepat-cepat. Saya telefon lagi ke klinik O&G Serdang, taktaulah nurse yang sama yang angkat atau nurse yang lain. Saya cakap, saya nak datang ke klinik petang itu juga untuk buat temujanji. Tapi nurse tersebut minta saya datang keesokan harinya, yang dikhaskan untuk mengambil temujanji. Memikirkan hanya esok saja, saya bawak-bawak bersabar dan bertahan.

11 Februari, selepas menghantar saya ke tempat kerja, suami saya pesan akan ambil dan hantar saya ke hospital pada pukul 10 pagi. Biasalah suami saya tentu nak setelkan kerja-kerja dia yang berlambak di ofis dia dulu. Pukul 10, suami datang ambil dan lebih kurang 10.10 minit pagi kami sampai di hospital. Terus ke klinik O&G, saya tunjukkan surat rujukan daripada doktor. Nurse minta saya berehat sekejap, sebelum tekanan darah saya diperiksa. Tidak lama kemudian, seorang nurse datang dengan alat penguji tekanan darah. Tekanan darah di sebelah kiri di ambil, wah..146/99. Alamak, makin bertambah tinggi daripada hari Jumaat lepas. Tangan kanan pulak diperiksa, 147/100. Lagi tinggi! Saya dah mula cuak, tak pernah sampai macam ni. Nurse yang menerima surat rujukan saya tadi menelefon seseorang dan saya dengar masalah-masalah saya diberitahu. Mungkin doktor kot. Selesai bercakap di telefon, nurse tersebut mengarahkan stafnya tolong bawakan saya ke DEWAN BERSALIN. Gerunnya mendengar 'dewan bersalin' tu.Kerusi roda disorong...dalam hati saya tertanya "aku ke yang kena naik kerusi roda ni?" Macam tak pecaya, sebab saya rasa saya masih boleh berjalan lagi.

Friday, January 30, 2009

PESTA I.T

PESTA I.T

AKTIVITI:
Lelong
Spin & Win
Expo & Gerai Jualan

1)TARIKH: 9 - 12 FEBRUARI 2009
MASA : 11 PAGI - 9 MALAM
TEMPAT: DEWAN GEMILANG, UKM BANGI

Perkhidmatan bas disediakan dari Kolej Pendeta Zaaba dan Stesen Komuter UKM
(9pagi - 9mlm)

2)TARIKH: 5-8 FEBRUARI 2009
MASA: 9 PAGI - 10 MALAM
TEMPAT: STADIUM TERTUTUP NILAI


3) TARIKH: 17-19 FEBRUARI 2009
MASA: 11PAGI - 9 MALAM
TEMPAT:DEWAN PUTRA 1, KOLEJ (3) UPM.

Wednesday, January 7, 2009

Amalan Kesihatan

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa).Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Nabi mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Wassalam…
Sama2lah kita mengamalkannya…….
WallahuA’lam